Setelah sekian lama aku tak masuk portal ni... portal ni dah maju gilerz... dah la aku guna dial-up connection ajer, jadi lembab giler nak download page ke page.. raser nak tido pun ader ar....
tapi aku gagahkan diri menunggu satu demi satu item komputer ni download sampai aku sempat pi toilet la.... terima kasih kepada Admin sebab bagi aku jawatan tukang pulun (promosi) untuk Reunion kali pertama ini...
however, itu bukan soalnya, soalnya sekarang CAWANGAN AKU ADA FUNCTION LA 8 & 9 DISEMBER TU WEHH.. WAAAA....!!!
PENYERTAAN ADALAH SUNAT MUAKKAD (LEBIH BERAT KEPADA WAJIB LA GITU)...
Sebelum ada orang tanya baik aku bagikan jawapan seperti yang berikut:
1. Apemende function tu:?:
2. Sapa yang join function nie:?:
Jawapan: Family Day. Family Day untuk Pejabat aku la...
3. Tarikh napa begitu jauh:?:
4. Tak boleh ubah ke tarikh tu:?:
Jawapan: Itu ajer tarikh yang Ketua Pengarah free... so, kena ikut masa dia la... Dia Big Boss maa....
5. Ape kene mengene Ketua Pengarah ko nak join Family Day Pejabat ko lak nie...
Jawapan: Dah bos cawangan aku nak jemput dia aku nak kata apa lak kan....
6. Apemende function tu:?:
6a. Sapa yang join function nie:?:
Jawapan: Family Day. Family Day untuk cawangan aku la...
7. Penting sangat ker function tu:?:
8. Tak join tak bleh ker:?:
9. Best gilerz ker function tu:?:
10. Apa yang ko boleh dapat kalau ko join function tu:?:
11. Bagaimana ko boleh terjebak dengan function ni:?:
Jawapan: Kan aku dah kata "PENYERTAAN ADALAH SUNAT MUAKKAD (LEBIH BERAT KEPADA WAJIB LA GITU)..." Takkan tak paham2 lagi.... WAJIB ler.... best ke tak join jer...
12. Bila function nie:?:
Jawapan: Sila rujuk di atas (Apa la..... punya bijak... sapa yang tanya nie...?)
Makanya dengan ini aku dengan berat hatinya tidak menconfirmkan diri aku untuk menyertai Reunion kali pertama ini.... Sekaligus jawatan aku sebagai tukang pulun (promosi) pun aku terpaksa lepaskan... Macam mana nak promote kalau tukang promote nya pun tak boleh nak pi.... (Admin, sorry ar...)
Anyway, aku rasa ada hikmahnya....
Aku mendoakan agar Reunion kali pertama ini akan berjaya dan i'm still going to be The Ghost in the Shell Station in this portal.....
Sekian, aku akhiri karangan aku yang berjumlah 7799 patah perkataan (aku agak ajer) dengan Assalamualaikum w.b.t.